Han Sohee Orang Ketiga? Dispatch Kongsi Ryu Junyeol Tak Datang Majlis Hari Jadi Hyeri Meski Belum Putus

18 Mar 2024 • 11:01 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Nampaknya, makin banyak info terkini mengenai hubungan Ryu Jun-yeol dan Han So-hee, serta bekas kekasihnya Hye-ri.

Hasil laporan daripada Dispatch, ianya telah disahkan bahawa Ryu Jun-yeol dan Hye-ri semakin menjauhi satu sama lain pada Jun tahun lalu. Malahan, lelaki itu juga tidak datang ke majlis hari jadi bekas kekasihnya itu.

Seorang kenalan rapat mereka berdua berkata,

Kedua-duanya jarang bercakap mengenai isu cinta mereka. Namun, kami dapat merasakannya walaupun mereka tidak berkata apa-apa. Mereka selalunya menghubungi satu sama lain dengan sangat kerap tetapi masa yang mereka luangkan untuk melihat telefon beransur-ansur berkurangan. Ryu Jun-yeol juga tidak menghadiri majlis hari jadi Hye-ri, jadi semua orang dapat merasakan suasana asing antara mereka.

Namun disebabkan hubungan mereka yang sudah pun bertahan selama 7 tahun, kedua mereka nampaknya susah membuat keputusan untuk putus. Oleh itu, hubungan tersebut terus berkekalan dengan hampir tiada pertemuan atau menghubungi satu sama lain sepanjang tempoh itu.

image is not available

Pada 13 November, kedua-duanya memutuskan untuk benar-benar berpisah dan berakhirlah hubungan 7 tahun mereka.

Tidak lama selepas itu iaitu pada 15 November, Han So-hee dilihat hadir ke pameran foto Ryu Jun-yeol dan mereka dipercayai mula berkenalan sejak itu.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.