Han Sohee & Ryu Junyeol Dibuang, Suzy Dilamar Terajui Filem Misteri ‘Delusion’

Entertainment
30 Jul 2024 • 11:24 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Sibuk betul Suzy dengan pelbagai tawaran lakonan sekarang!

Terbaru pada 30 Julai, agensi melaporkan bahawa Suzy telah menerima tawaran untuk terajui naskhah baru arahan Han Jae-rim iaitu “Delusion” dan sedang menelitinya kini.

Berlatarkan tahun 1940-an di Gyeongseong, filem ini akan mengisahkan tentang seorang pontianak dan pelukis yang perlahan-lahan mengenali identiti wanita itu.

image is not available

Jika Suzy menerima tawaran tersebut, dia dijangka akan memainkan watak sebagai vampire, Song Jeong-hwa.

Sebelum ini, Han So-hee dan Ryu Jun-yeol telah ditawar sebagai watak utama dalam naskhah yang sama namun terpaksa dibatalkan disebabkan kontroversi tentang hubungan mereka.

Nantikan info lanjut mengenai “Delusion”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.