Hana Azraa Ambil Keputusan Terima Semula PU Abu Dalam Hidupnya

2 Jun 2023 • 12:27 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Sebelum ini, Hana Azraa iaitu bekas isteri kepada pendakwah bebas, PU Abu pernah menyatakan dirinya masih diganggu oleh bekas suami walaupun mereka sudah berpisah.

Tambahan, Hana turut menjelaskan Abu mengganggu beberapa ahli keluarganya dan perbuatan itu telah mencabar kesabaran dirinya sehingga dia terpaksa membongkar perkara sebenar.

Namun begitu, baru-baru ini Hana telah berkongsi menerusi hantaran terbaharu di Instagram Story miliknya yang dilihat dia sudah kembali berbaik semula dengan bekas suaminya, Pu Abu.

Menerusi perkongsian itu, Hana memuat naik satu video pendek yang memaparkan momen mesra mereka bersama dan kapsyen dirinya yang tidak sabar untuk berjumpa dengan Abu.

image is not available

Ada orang tu (PU Abu) tak jadi balik esok, sobs (sedih). Tapi tak apa lah, jumpa awak nanti ok.

Dalam pada itu, menerusi lagi satu hantaran Hana memuat naik sekeping gambar dan mengatakan dirinya teruja untuk memasuki bulan kegemarannya iaitu bulan Jun.

Memasuki bulan kegemaran saya, Jun. Bismillah.

Sekadar info, Hana atau nama sebenarnya Nurhannah Azra Mohd Zakir pernah menjadi bualan hangat netizen apabila dia berkahwin dengan Abu sebagai isteri kedua pada Mei 2019, sekali gus menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Abu dan isterinya, Ain Afini.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.