Hana Ismail Titip Ucapan Selamat Hari Lahir Buat Suami – “Moga Allah Angkat Musibah Kita”

LocalEntertainment
22 Oct 2024 • 11:49 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pengacara, Hana Ismail menitipkan ucapan selamat hari lahir buat suaminya, Da’i Syed dan mendoakan agar segala ujian yang menimpan mereka berdua diangkat oleh Allah SWT.

Ucapan istimewa yang dibuat untuk suaminya itu turut diselitkan dengan doa agar urusan individu yang memberikan sokongan kepada mereka turut dipermudahkan.

Selamat hari lahir Baba Nour. Moga Allah angkat musibah kita, permudahkan urusan kita dan permudahkan urusan mereka yang membantu dan mendoakan kita.

Hantaran itu telah dibuat menerusi akaun Instagramnya dengan memaparkan gambarnya bersama suami yang sedang memeluknya erat dan memangku anak mereka.

image is not available

Sebagai info tambahan, Hana dan Syed telah mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2022 dan dikurniakan seorang puteri, Sharifah Fatma Nour Jamalullail. Pada 30 Ogos yang lalu, Syed telah dihukum penjara selama 10 tahun dan tiga sebatan kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium lima tahun yang lalu.

image is not available 1 week ago

Walaupun Cedera Langgar Dahan Pokok Ketika Berbasikal, Syed Saddiq Teruskan Ironman Malaysia Hingga Penamat!