Hanafiah tidak wajib letak jawatan, kapasiti sebagai Exco tidak jejas pendakwaan: Samsuri

LocalPolitics
24 Feb 2026 • 4:08 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Exco Terengganu, Datuk Hanafiah Mat yang didakwa di mahkamah hari ini kerana menggunakan kedudukan untuk kepentingan ahli keluarganya, tidak diwajibkan meletak jawatan.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ini kerana kapasiti beliau sebagai Exco Kerajaan Negeri tidak menjejaskan proses pendakwaan dan perbicaraan.

Beliau memberitahu, Hanafiah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar tidak boleh dianggap bersalah sehingga dibuktikan di mahkamah.

“Ahli MMKN berkenaan tidak diwajibkan meletak jawatan, kerana kapasiti beliau sebagai Exco Kerajaan Negeri tidak menjejaskan proses pendakwaan dan perbicaraan.

“Saya mengambil maklum isu seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang kini berada di peringkat pendakwaan dan perbicaraan.

“Kerajaan Negeri komited menjaga integriti dan menghormati sepenuhnya proses undang-undang yang sedang berjalan.

“Ahli MMKN berkenaan tidak diwajibkan meletak jawatan, kerana kapasiti beliau sebagai Exco Kerajaan Negeri tidak menjejaskan proses pendakwaan dan perbicaraan.

“Seseorang tidak boleh dianggap bersalah sehingga dibuktikan di mahkamah. Semua pihak diminta tidak membuat spekulasi atau sebarang penilaian awal yang boleh menjejaskan proses keadilan,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Hanafiah Mat hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas dua tuduhan menggunakan kedudukan untuk kepentingan ahli keluarganya pada 2018 dan 2020.

Beliau didakwa menyalahgunakan jawatan dan kedudukannya sebagai anggota Exco kerajaan negeri serta Pengerusi Lembaga Pengarah sebuah syarikat bagi mengarahkan kedua-dua anaknya dilantik bekerja di dua anak syarikat milik kerajaan negeri.

Justeru Ahmad Samsuri menyeru semua pihak agar bertenang dan memberi ruang kepada sistem perundangan menjalankan tugasnya secara profesional. - 24 Februari, 2026

The post Hanafiah tidak wajib letak jawatan, kapasiti sebagai Exco tidak jejas pendakwaan: Samsuri appeared first on Scoop.