Handal Energy disebut-sebut bakal menyaksikan perubahan pegangan saham, termasuk kemungkinan babitkan GLC

Business & Finance
8 Aug 2023 • 3:36 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Handal Energy disebut-sebut bakal menyaksikan perubahan pegangan saham, termasuk kemungkinan babitkan GLC

johardy

08/08/2023 - 15:36

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Syarikat mengkhusus dalam pembuatan, penyelenggaraan dan servis kren luar pesisir, Handal Energy Berhad kini dipantau pedagang dan pelabur di Bursa Malaysia berikutan beberapa pergerakan yang menarik perhatian mereka.

Sejak kebelakangan ini, `bisikan' peningkatan jumlah dan kenaikan harga telah tersebar dalam kalangan elit pelabur.

Ini susulan satu perkembangan yang berlaku secara senyap-senyap membabitkan pemegang saham penting di dalam Handal iaitu Deepetro Offshore Brokers Pte Ltd.

Menurut seorang pedagang, sekitar 26.06 juta unit Saham Keutamaan Boleh Tukar Tidak Boleh Tebus (ICPS) Handal telah berubah menjadi saham biasa.

"Ini bukan penghujung cerita, pasaran juga mendapat khabar mengenai perolehan saham tambahan, yang berpotensi mendorong harga saham Handal ke tahap tinggi.

"Bisikan tentang perubahan pegangan saham akan berlaku banyak - malah ada yang membayangkan hubungan dengan GLC," kata beliau.

Dalam dunia kewangan yang penuh teka-teki, peralihan pegangan saham yang ketara sering meramalkan evolusi asas syarikat.

Setakat tengah hari ini, saham Handal Energy mencatat kenaikan 5 sen atau 2.17% meletakkan modal pasarannya pada RM62.68 juta. - DagangNews.com

View Original Article