Handal Energy terima tuntutan saman Seaoffshore Shared babit pertikaian pembayaran RM9.58 juta

LocalBusiness & Finance
6 Aug 2024 • 11:37 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Handal Energy terima tuntutan saman Seaoffshore Shared babit pertikaian pembayaran RM9.58 juta

syaza

06/08/2024 - 11:37

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Handal Energy Bhd menerima tuntutan saman daripada Seaoffshore Shared Sdn Bhd berjumlah RM9.58 juta berhubung pertikaian pembayaran bagi perkhidmatan pengurusan yang didakwa telah diberikan sebelum ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, penyedia perkhidmatan kren luar pesisir itu berkata, Seaoffshore Shared turut menuntut RM170,369 yang telah diinvois pada Julai 2024.

Tuntutan Seaoffshore terhadap Handal adalah untuk pembayaran bagi perkhidmatan pengurusan yang didakwa telah diberikan, menurut pemfailan Handal.

"Selepas mendapatkan nasihat undang-undang, syarikat telah dimaklumkan mempunyai pembelaan yang kukuh terhadap tuntutan Seaoffshore.

"Syarikat telah melantik peguam untuk membela diri dalam tindakan itu," ujar Handal.

Handal mengalami kerugian sejak empat suku terakhir berturut-turut.

Kumpulan itu merekodkan kerugian bersih terbaharu yang berjumlah RM3.64 juta bagi tiga bulan berakhir 31 Mac 2024, di belakang pendapatan RM743,000.- DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved