Hanis Zalikha terima ucapan tahniah, ramai syak hamil anak ke-3

Entertainment
15 Apr 2024 • 9:13 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Selebriti dan juga usahawan terkenal, Hanis Zalikha terima ucapan tahniah selepas gambar suaminya, Hairul Azreen memegang perutnya sewaktu bercuti mencuri perhatian ramai.

Bercuti di Maldives

Gambar tersebut difahamkan diambil sewaktu bercuti di Kepulauan Maldives dengan kapsyen memberitahu sedang menikmati makan malam dalam suasana gelap.

Hanis Zalikha terima ucapan tahniah, ramai speku sedang hamil

Walau bagaimanapun, penampilan Hanis Zalikha yang sedikit berbeza nampaknya mengundang pelbagai spekulasi dengan merasakan yang usahawan terbabit sedang hamil anak ketiga.

Hal itu dilihat menerusi kondisi perut selebriti terbabit yang seakan mempunyai baby bump dan letak tangan Hairul yang tertumpu ke perut.

image is not available

Hanis Zalikha terima ucapan tahniah, ada kata nampak baby bump

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang telah mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut kerana merasakan mereka bakal menimang cahaya mata ketiga tidak lama lagi.

Walaupun masing-masing tidak pasti dengan hal berkenaan, namun mereka tumpang bahagia jika ada berita gembira daripada mereka.

Setakat ini, pasangan selebriti terbabit belum lagi mengiya atau menidakkan khabar angin tersebut.

image is not available

Yusuf & Alisa bakal dapat adik ke tu?

image is not available

Macam betul je ni

image is not available

Sekadar info, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha telah mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar, 8 dan Alisa Aisyah, 5.

Sumber: Instagram Hanis Zalikha