Haniza: Hulu Selangor berpotensi jadi destinasi pelancongan utama negara

17 Nov 2022 • 3:12 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

PETALING JAYA: Hulu Selangor memerlukan pelaburan yang besar untuk menaik taraf infrastruktur pelancongan serta untuk promosi, kata calon Parti Bangsa Malaysia Hulu Selangor Haniza Mohamed Talha.

Beliau berazam menjadikan daerah ini destinasi pelancongan utama di negara ini jika diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) esok.

“Ledakan aktiviti pelancongan di sana pastinya membawa kesan limpahan ekonomi kepada penduduk setempat.

“Ini termasuk dalam bentuk peningkatan hasil dalam sektor seperti makan dan minum (F&B), pengangkutan dan inap desa.

“Dalam hal ini, saya akan bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan seperti MOTAC, Tourism Selangor, pihak berkuasa tempatan serta sektor swasta seperti Think City untuk mendapatkan dana, jika saya dipilih sebagai Ahli Parlimen di sana,“ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Haniza berkata beliau berasa kesal apabila mendapati Hulu Selangor kini menduduki tempat kedua terendah di Selangor.

“Ini amat dikesali kerana kawasan ini mempunyai potensi ekonomi yang besar, terutamanya dalam sektor pelancongan.

“Ramai pelancong kini mencari tarikan semula jadi berkepadatan rendah selepas wabak Covid-19, dan saya percaya Hulu Selangor boleh menawarkannya, tanpa menjejaskan kesejahteraan penduduk setempat,“ jelasnya.