Hanna Faresha diterima sebagai pengacara tanpa kabel – Fauzi Nawawi

Entertainment
30 Sep 2026 • 5:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Hanna Faresha diterima sebagai pengacara tanpa kabel – Fauzi Nawawi

KUALA LUMPUR: Pelakon, Fauzi Nawawi mengakui berbangga apabila anaknya, Nurul Hanna Faresha dipilih menjadi pengacara Wanita Hari Ini (WHI) dari hasil usahanya sendiri dan tidak menggunakan kabel.

Menurut Fauzi, meskipun mempunyai pertalian darah, dia tidak pernah mencampuri urusan Hanna semasa menjalani sesi pemilihan program tersebut.

“Alhamdulillah, anak saya diterima sebagai pengacara tanpa menggunakan apa-apa kabel. Nurul Hanna sudah berkahwin dan ada anak seorang. Sebelum ini dia aktif sebagai model dan mula bergelar pelakon drama atas dorongan saya. Seminggu sebelum dia pergi intebiu, dia ada datang jumpa saya, tanya pendapat saya, dan automatik saya suruh dia uji bakat di rumah.

“Saya uji bakat dia, kita buat seperti betul-betul set untuk pengacara. Kemudian apa yang saya nampak, memang dia berbakat,” katanya ketika ditemui pada Malam Gala Tayangan Filem Orang Perang, pada Isnin.

Lega melihat perjalanan seni anak perempuannya itu, Fauzi bagaimanapun mengakui dirinya sentiasa terbuka andai anak-anaknya turut mengikut jejak langkahnya untuk menceburi bidang seni tanah air.

“Dia minat dengan semua bidang ini. Dia cenderung kepada model, kemudian pempengaruh dan apabila sekarang jadi pengacara, saya lebih legalah. Saya nampak ada satu masa depan yang sangat cerah untuknya. Sebenarnya sebahagian anak-anak saya memang minat dengan seni.

“Sebab ada lagi separuh, lagi empat masih belum habis belajar lagi. Tidak tahu lagi ke mana kecenderungan mereka. Empat yang sudah habis belajar. Alhamdulillah masing-masing ada kehidupan sendiri. Saya tidak menghalang asalkan mereka ini tahu batas, ada pegangan agama yang kuat. Kalau hanyut macam mana pun, boleh patah balik, Insya-Allah,” ujarnya.

Mengulas mengenai penglibatannya menerusi filem Orang Perang, naskhah arahan Hashim Rejab itu mengangkat keberanian masyarakat Orang Asli dalam mempertahankan tanah air.

Selain Fauzi, filem itu juga turut dibintangi Niezam Zaidi, Ammar Alfian, Syazwan Zulkifli, Fadhli Masoot, Adam Corrie dan ramai lagi.

Filem terbitan 3Line Media Sdn Bhd dan Nanord Studio Production itu akan mula menemui penonton bermula 1 Oktober ini.

The post Hanna Faresha diterima sebagai pengacara tanpa kabel – Fauzi Nawawi appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved