Hannah daki 18 tingkat Menara KBS bawah enam minit

12 Jan 2023 • 5:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Hannah melakukan pendakian 18 tingkat Menara KBS bersama jaguh larian menara nombor satu dunia, Soh Wai Ching.

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berjaya melakukan pendakian 18 tingkat Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Putrajaya bersama jaguh larian menara nombor satu dunia, Soh Wai Ching pada Khamis.

Menteri wanita berusia 44 tahun itu menyempurnakan cabaran tersebut di bawah masa enam minit sempena ‘National Take The Stairs Day’, pada Rabu.

Selain Wai Ching, larian menara, juga dikenali sebagai pendakian tangga, turut disertai Presiden Larian Menara Malaysia (MTA), Ravinder Singh.

"Sebenarnya, ia boleh sahaja dilakukan (larian menara),” kata Hannah seperti dipetik dalam kenyataan MTA selepas acara itu.

Sementara itu, Ravinder berharap larian menara dapat diketengahkan pada Sukan SEA 2027 di Kuala Lumpur. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved