Hannah mahu pastikan Faisal Halim pulih sepenuhnya sebelum kembali beraksi

13 Jun 2024 • 4:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Hannah (tengah) ketika menghadiri majlis penyampaian hadiah kepada pemenang kejohanan e-sukan bagi warga emas, Boomers2Gamers pada Khamis. Foto Bernama

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mahu memastikan pemain bola sepak kebangsaan dan Selangor FC, Mohamad Faisal Abdul Halim atau Faisal Halim pulih sepenuhnya sebelum kembali beraksi.

Beliau yakin bahawa pemain sayap berusia 27 tahun yang menjadi mangsa serangan asid itu, sememangnya mempunyai tekad yang tinggi untuk kembali beraksi namun tidak mahu Faisal terburu-buru kembali ke padang.

"Saya nak pastikan beliau ambil masa dan pastikan betul-betul pulih sebelum keluar bermain kerana saya rasa bola sepak akan menunggu Faisal.

"Saya harap beliau jangan tergesa-gesa, pastikan beliau sembuh sepenuhnya kerana bola sepak perlukan beliau,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang kejohanan e-sukan bagi warga emas, Boomers2Gamers di sini pada Khamis.

Faisal dilaporkan mengalami kelecuran tahap empat akibat disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya pada 5 Mei lepas.

Faisal yang membuat penampilan pertama di khalayak umum sejak insiden itu pada sidang media hari ini, mengakui rindu untuk beraksi di atas padang namun mahu memberikan fokus proses pemulihan terlebih dahulu. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved