Hannah nafi tandatangan perintah tahanan rumah -“Tolong jangan sebar dokumen palsu!”

LocalPolitics
18 Sep 2026 • 8:24 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menafikan pernah menandatangani sebarang perintah tahanan rumah yang kini tular di media sosial.

Dokumen tersebar palsu

Menerusi perkongsian di media sosial, Hannah membuat penafian itu  susulan penyebaran satu dokumen yang didakwa berkaitan perintah tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, dokumen berkenaan adalah palsu dan Lembaga Pengampunan masih belum bersidang bagi membincangkan perkara tersebut.

“Saya tidak pernah menandatangani perintah tahanan rumah seperti yang sedang tular di media sosial.
“Lembaga Pengampunan masih belum bersidang. Tolong jangan sebarkan dokumen palsu ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut memaklumkan Setiausaha Akhbarnya telah membuat laporan kepada pihak berkuasa berhubung penyebaran dokumen terbabit.

Image from: Hannah nafi tandatangan perintah tahanan rumah -“Tolong jangan sebar dokumen palsu!”

Foto: FB Hannah Yeoh

Terdahulu, tular satu surat yang memaparkan tandatangan yang didakwa milik Hannah selain dikaitkan dengan keputusan mengenai permohonan pengampunan Najib.

Perkembangan itu berlaku ketika isu pengampunan Najib kembali menjadi perhatian susulan laporan media bahawa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dilaporkan akan bermesyuarat semula pada 18 September, seminggu selepas perkara berkenaan ditangguhkan pada mesyuarat 11 September lalu.

Laporan tersebut mendakwa permohonan pengampunan Najib menjadi antara perkara yang akan dibincangkan, namun setakat laporan berkenaan diterbitkan, belum ada pengesahan rasmi mengenai mesyuarat tersebut.

Pada 11 September lalu, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong telah menangguhkan pertimbangan permohonan pengampunan Najib ke mesyuarat akan datang.

Sumber: Facebook Hannah Yeoh

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved