Hannah Yeoh fail notis bankrap terhadap pensyarah UUM, gagal bayar RM400,000

LocalPolitics
15 Aug 2025 • 5:00 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh, fail notis bankrap terhadap pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff, kerana gagal membayar ganti rugi sebanyak RM400,000 berhubung dua kenyataan fitnah pada 2017.

image is not available

Hannah Yeoh fail notis bankrap terhadap pensyarah UUM

Memetik laporan daripada Sinar Harian, peguam yang mewakili Hannah, Sangeet Kaur Deo menyatakan notis itu telah difailkan di Mahkamah Tinggi pada 9 Julai lalu terhadap Kamarul Zaman selaku penghutang.

“Notis kebankrapan tidak dapat kepada Kamarul Zaman maka pihaknya memohon bagi mendapatkan perintah pada 29 Julai lalu untuk menyampaikannya melalui perkhidmatan gantian termasuk iklan dalam akhbar.
Kamarul Zaman telah memfailkan permohonan untuk menangguhkan keputusan pembayaran berkenaan atas alasan telah memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.
Tiada lagi perintah mengenai penggantungan keputusan mahkamah itu, memandangkan permohonan tersebut akan didengar pada 28 Ogos ini. Oleh itu anak guam berhak untuk menguatkuasakan penghakiman mahkamah pada 30 Mei lalu,” jelasnya.

image is not available

Fail notis bankrap kerana gagal bayar ganti rugi am & teruk

Difahamkan pada 30 Mei lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Kamarul Zaman membayar ganti rugi am dan teruk masing-masing RM200,000 bagi dua hantaran Facebook lapan tahun lalu, selain kos RM80,000 kepada Menteri Belia dan Sukan itu.

Hakim Datuk Aliza Sulaiman dalam keputusannya mendapati Hannah berjaya membuktikan kes fitnah terhadapnya namun menolak permohonan supaya defendan memohon maaf kerana berpendapat ia tidak akan menjadi ikhlas.

image is not available

Saman itu difailkan pada 2022 selepas Kamarul Zaman memuat naik dua hantaran di Facebook antara 10 dan 17 Mei 2017, mendakwa Hannah mempunyai motif menyebarkan Kristian melalui politiknya serta memetik biografi beliau Becoming Hannah: A Personal Journey.

Dalam pembelaannya, Kamarul Zaman menegaskan hantaran tersebut tidak berunsur fitnah dan mendakwa ia dibuat untuk memaklumkan kandungan buku itu kepada orang ramai kerana bimbang ada pihak mungkin terpengaruh.

Sumber: Sinar Harian (Noor Azlida Alimin)