Hannah Yeoh minta jangan bandingkan baju sukan Olimpik negara dengan KJ -“Itu zaman dia..”

27 Jun 2024 • 6:01 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh minta jangan bandingkan dengan rekaan baju sukan Olimpik negara di bawah kepimpinan bekas menteri, Khairy Jamaluddin (KJ).

Hannah Yeoh berkata, semua kementerian mempunyai cara tersendiri dalam mengemudi kementerian.

“Masa zaman beliau (Khairy) itu cara beliau dan setiap pemimpin mempunyai cara berlainan. Saya hormati MOM sebagai pemegang taruh,”katanya.

image is not available

Hannah Yeoh minta jangan bandingkan

Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai isu pakaian kontinjen Malaysia yang diperkenalkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM), baru-baru ini.

Jelas Hannah, pakaian itu juga tidak akan digunakan pada perbarisan Majlis Perasmian Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan membuka tirai pada 26 Julai ini.

“Baca komen (ada) ingatkan ini baju perbarisan (namun sebenarnya) sudah ada (lain) untuk atlet.
“Kami dah maklumkan pandangan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kepada (Presiden MOM) Mohamad Norza.
“Kita perlu hormati MOM dan kontrak penajaan mereka dengan Yonex dan saya serahkan ini kepada Mohamad Norza dan percaya beliau mampu untuk selesaikan (supaya) bila ke Paris kita berjalan (sebagai) satu pasukan (dan) orang tak nampak ini MOM, ini KBS (sebab) kita semua bawa nama Malaysia,” katanya.
image is not available

Hamidin bukan punca

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan tiada keperluan menaikkan Timbalan CDM Datuk Nicol Ann David kepada Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke temasya tersebut.

Ini kerana pemegang jawatan itu sekarang Datuk Hamidin Mohd Amin seorang yang berkaliber dalam kepimpinannya.

“Komen media sosial, kalau ada satu masalah, cara dan cadangan gugurkan orang tersebut ini bukan cara betul, sebenarnya kena kenal pasti punca masalah tersebut, dalam kes ini bukan punca Hamidin.
“Bagi saya Hamidin mendengar (setiap masalah dihadapi) dan itu penting,” katanya lagi.

image is not available