Hantar Adik Bongsu Sambung Belajar, “Abang Paling Garang” Gagal Tahan Tangis
Sudah menjadi lumrah dalam sebuah keluarga, kalau bukan ibu dan ayah yang paling ditakuti, tempat itu pasti diisi oleh “kakak” dan “abang”.
Biasanya mereka berwatak tegas, cara bercakap pun kuat dan kadang-kadang nampak garang. Sebab itulah adik-adik takut untuk melawan atau membantah.
Namun jauh di balik perwatakan keras itu, kita tahu ada kasih dalam hatinya. Mungkin tidak sering diungkapkan dengan kata-kata, tapi tingkahnya cukup jelas.
Ada satu sisi mereka ini yang jarang kita nampak dan lebih jarang lagi kita hargai, iaitu bagaimana mereka menyayangi adik-adik dengan cara mereka sendiri.
Selalunya, si bongsulah yang paling bertuah kerana dapat melihat sisi lain “kakak” dan “abang” ini.
POV: Abang paling garang hantar adik bongsu sambung belajar
Begitulah yang terserlah dalam sebuah video yang merakam momen indah yang cukup menyentuh hati, dikongsikan oleh pengguna TikTok @syidasyifa.
Video yang dikongsikan itu merakamkan situasi di mana seorang abang sulung menghantar adik bongsunya menyambung pelajaran.
Kedengaran biasa, tapi ekspresi yang terakam jelas menunjukkan betapa besarnya makna saat itu buat si abang.
Si abang yang awalnya kelihatan ‘kuat’ memberikan duit belanja buat adiknya, akhirnya gagal juga menahan air mata usai pelukan hangat sebelum pulang.
@syidasyifa Suami cakap dia sedih sbb kawan pergi kebun dah xde sabo jela paling garang tp paling kuat nangis haha #iktbnbukitmertajam #anakbongsu #trendhariini #fyp
“Kita bukan adik-beradik pun bang. Kenapa ajak saya nangis sekali?”
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengakui bahawa mereka juga pernah melihat sisi lembut abang atau kakak mereka yang selama ini nampak ‘keras’.
Malah, ada juga yang mengaku cemburu kerana tidak pernah merasai kasih sayang sebegitu.
“Mesti dia teringat… Inilah adik yang selalu dia buli dulu-dulu… Tolong ambil air, ambil towel, kena smack down… Kena marah… Tup2 hari ni dah nak tinggalkan abang dia… Sekelip mata adik dah besar, walaupun di mata dia adik dia masih kecil…”
“Aku abang sulung macam tu lah dengan adik-adik ni setiap masa memang serius je, ada masa je boleh gurau-gurau HAHAHA. Tapi untuk keperluan adik-adik memang sentiasa dipenuhi biar pun masa nak minta tu kena marah dan soal dulu.”
“Untung siapa yang ada kakak atau abang yang prihatin dengan adik-adik.. Tak pernah saya rasa.. Kadang cemburu sangat..”
Sumber: TikTok @syidasyifa
The post Hantar Adik Bongsu Sambung Belajar, “Abang Paling Garang” Gagal Tahan Tangis appeared first on Siakap Keli.
