Hantar bantuan guna payung terjun jalan terakhir di Gaza

14 Nov 2023 • 11:25 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

WASHINGTON, 14 NOV: Menghantar bantuan kemanusiaan menggunakan payung terjun ke Semenanjung Gaza menjadi “jalan terakhir” tetapi langkah ini “sangat mencabar”, menurut Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk Hal Ehwal Kemanusiaan (UN OCHA).

Ketua OCHA di Palestin yang diduduki Andrea De Domenico berkata selain sangat mencabar ia juga memerlukan kos yang agak tinggi dan tidak mampan namun itu pilihan terakhir yang ada sekarang.

Justeru itu, De Domenico amat berharap pihak-pihak yang berkaitan bersetuju untuk menyediakan akses tanpa halangan dan berterusan.

Kenyataan itu dibuat selepas Perdana Menteri Palestin Mohammad Shtayyeh meminta Kesatuan Eropah (EU) dan PBB untuk menggunakan payung terjun bagi menghantar bantuan ke Semenanjung Gaza.

“Saya fikir apa yang benar-benar diperlukan sekarang ialah membuka lintasan bagi memastikan bekalan bantuan dapat dihantar secara berterusan.

“Saya tahu Jordan sudah pun menghantar bantuan dengan menggunakan cara itu (payung terjun). Tetapi sudah tentu kuantitinya sangat terhad,” kata De Domenico pada Isnin.

Mengulas mengenai keadaan di sekitar hospital Al-Shifa di Gaza, beliau menyeru semua pihak untuk menjalankan tanggungjawab mereka kerana hospital tidak boleh dijadikan sasaran peperangan.

Sementara itu, beliau menganggarkan sehingga Ahad, seramai 230,000 penduduk awam mungkin telah berpindah ke selatan Gaza.

-BERNAMA-AGENSI ANADOLU

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved