Hantar ganja guna balang biskut raya, 2 ditahan

22 May 2023 • 5:05 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PETALING JAYA: Sindiket dadah menggunakan taktik baharu menyembunyikan ketulan ganja mampat dalam balang biskut raya untuk dihantar ke Sabah dan Sarawak menggunakan syarikat penghantaran barang.

Pengarah Kastam Johor, Misbahudin Parmin, berkata susulan risikan selama tiga bulan hasil maklumat Jabatan Kastam Sarawak, sebuah pejabat syarikat penghantaran di Johor Bahru diserbu bulan lalu yang membawa kepada penemuan sembilan bungkusan biskut raya dan kacang disasarkan untuk pasaran Sabah serta Sarawak.

“Pemeriksaan ke atas sembilan bungkusan kuih raya berkenaan mendapati 10 ketulan mampat disyaki dadah jenis ganja disembunyikan dalam bekas lutsinar bersama biskut raya.

“Ini kali pertama sindiket penyeludupan dadah dikesan menggunakan modus operandi menghantar dadah disembunyikan bersama biskut raya yang dihantar menggunakan syarikat penghantar barang bagi mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya menurut Harian Metro.

SPONSORED CONTENT Firefly’s inaugural flight to Sandakan SANDAKAN: Firefly, the low-cost carrier subsidiary of Malaysia Airlines; made its inaugural flight from Kota Kinabalu to Sandakan on Tuesday. Read more Susulan itu, beliau berkata, seorang lelaki berusia 27 tahun yang membuat penghantaran biskut raya itu ditahan untuk siasatan lanjut.

Katanya, penahanan itu kemudian membawa kepada serbuan di sebuah rumah di Johor Bahru dijadikan pusat pembungkusan ganja untuk dihantar menerusi syarikat penghantaran bersama biskut raya berdasarkan tempahan dan seorang lelaki berusia 29 tahun yang positif dadah ditahan.

Katanya, ketulan mampat dipercayai ganja seberat 24kg dianggarkan bernilai RM82,874 ditemui di rumah itu dan kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Jika sabit kesalahan, ia membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan hendaklah sekiranya tidak dihukum mati, dihukum dengan 15 sebatan maksimum,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.