
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 31 tahun yang membuat hantaran kata-kata kesat terhadap Presiden Persatuan Bola Keranjang Sabah di Facebook, didenda RM7,000 atau penjara 60 hari.
Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim menjatuhkan hukuman itu terhadap Lim Tzen Thau yang mengaku bersalah kepada tuduhan terhadapnya pada Jumaat.
Lim membuat hantaran kata-kata kesat itu melalui laman Facebooknya - Lim Lim - pada 15 Okt 2023 dan hantaran itu dibaca oleh Phan Chee Yong di sebuah rumah di sini.
Hantaran itu dibuat dengan niat untuk menyakiti perasaan orang lain.
SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Kesalahan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Multimedia dan Komunikasi 1998 itu membawa hukuman denda sehingga RM50,000, atau penjara sehingga setahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Sebagai Presiden Persatuan Bola Keranjang Sabah, Phan berasa malu dan tindakan Lim itu telah mencemarkan nama baik dan maruahnya.
Siasatan lanjut mendedahkan bahawa Lim menggunakan telefon bimbitnya untuk membuat hantaran tersebut di Facebook.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Azizi Hamil hadir untuk pendakwaan, manakala Lim tidak diwakili.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
