Hantaran Rujuk Wanita Cina: Pemuda PAS Mohon Maaf, Cuma Fokus Keselamatan Sultan Perak

LocalPolitics
1 Sep 2025 • 6:37 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Hafez Sabri tampil memohon maaf dan mengakui kekhilafan berhubung hantaran di Facebook miliknya yang tular sejak semalam berkaitan cubaan seorang wanita menyerang Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi itu menjelaskan hantaran awal yang dibuatnya telah dimanipulasi pihak tertentu, termasuk menyebut nama kaum tertentu, sebelum beliau segera membetulkannya setelah menyedari maklumat awal yang diperoleh tidak tepat.

“Saya sedar tindakan melanggar kawalan keselamatan tidak boleh dipertahankan tanpa melihat kepada warna kulit siapa yang melakukannya.
“Fokus saya hanyalah soal keselamatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak.
“Saya memohon maaf atas kekhilafan saya dalam isu ini, sebagai manusia saya juga tidak terlepas daripada kesilapan,” katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin.

image is not available

image is not available

Pemuda PAS Mohon Maaf

Tegas Hafez, beliau tidak menimbulkan isu bangsa atau etnik dalam hantaran tersebut. Sebaliknya, fokusnya hanyalah kepada kepentingan memperketatkan keselamatan Tuanku Sultan selepas insiden itu.

“Saya tidak menimbulkan isu bangsa atau etnik dalam mempersoalkan bagaimana insiden itu boleh berlaku. Niat saya jelas iaitu hanya soal keselamatan Tuanku Sultan yang perlu diperketatkan.
“Namun, pihak tertentu pantas menyebarkan tangkap layar hantaran awal tanpa mengambil kira pembetulan segera yang dibuat,” ujarnya.

image is not available

Ketua Pemuda PAS Perak itu juga memaklumkan beliau telah membuat laporan polis berhubung penyebaran tangkap layar berkenaan, yang didakwa cuba membina naratif perkauman.

Sebelum ini, pada Ahad, Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak, Khairol Najib Hashim mengecam hantaran Hafez, yang telah dipadam sebelum tangkap layar didedahkan oleh pihak Pemuda Amanah Perak.

Sumber: FB Hafez Sabri