Hantaran Terbaru Fazura Undang Perhatian Ramai, Tanya Mana Fattah Amin?

LocalEntertainment
2 Sep 2024 • 12:02 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Fazura Fattah Amin

Sebelum ini, pelakon Fazura dilihat menghadiri konsert penyanyi antarabangsa, Adele di Munich, Jerman berseorangan tanpa suaminya, Fattah Amin telah menimbulkan persoalan.

Terbaru! Menerusi Instagram, Fazura memuat naik beberapa keping foto dalam satu hantaran terbaru dengan kapsyen ‘Selamat Tinggal Ogos’ juga telah menimbulkan tanda tanya netizen. 

Dalam hantaran itu Fazura seolah-olah memberi gambaran kehidupannya pada bulan itu tapi kelibat gambar suaminya juga masih tiada.

Tapi sedutan lagu Love In The Dark nyanyian Adele serta babak filem Crazy Rich Asian juga telah mengundang perhatian ramai.

Untuk info, watak Astrid akhirnya membuat keputusan untuk berpisah dengan suaminya, Michael Teo.

Kalau korang tengok ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa bimbang melihat artis kesayangan mereka itu.

Lagu Adele dan babak Crazy Rich Asians itu sudah jadi petunjuk. Semoga Fazura tetap kuat dan tabah.

Babak Filem Crazy Rich Asians tu memang sudah jelas. Kami faham.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Fazura