Hanya 1 Salinan Terjual Sehari, Ramai Terkejut Lihat Jualan Album Solo Lisa Di Korea

EntertainmentMusic
5 Mar 2025 • 10:37 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Kemunculan Lisa sebagai penyanyi solo pastinya mengujakan ramai peminat kan.

Pada 28 Februari yang lalu, Lisa telah mengeluarkan album penuh pertamanya ‘Alter Ego’, dengan 15 lagu baru secara keseluruhan.

Namun menurut data Carta Hanteo, album tersebut hanya terjual kira-kira 30,400 salinan pada hari pertamamanya. Malahan, ia terus turun mendadak pada hari kedua, dengan hanya satu salinan sahaja yang terjual.

Timbul persoalan antara orang ramai, peminat menjelaskan bahawa jualan rendah dalam carta itu mungkin disebabkan kerjasama agensi Lisa iaitu LLOUD bersama RCA Records, untuk menguruskan muzik solonya.

Tambahan pula, wanita itu telah mengiklankan kesemua albumnya menerusi platform khas ‘LLOUD X RCA RECORDS’, di mana peminat boleh membelinya secara terus dari laman tersebut.

Dengan platform jualannya sendiri, kebanyakan peminat mungkin lebih memilih untuk membelinya dari situ dan bukannya melalui kedai K-Pop di Korea, menjelaskan jualan rendah yang direkodkan dalam Carta Hanteo.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.