Hanya 22 mangsa banjir Terengganu berada di PPS

30 Dec 2022 • 1:09 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan. - Foto: Bernama

KUALA TERENGGANU – Jumlah penduduk Kampung La, Hulu Besut, Besut yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan sebanyak 14 orang setakat pada jam 12 tengah hari Jumaat.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, seramai 22 mangsa daripada lima keluarga masih berlindung di Masjid Kampung La iaitu PPS terakhir beroperasi.

Menurutnya, jumlah tersebut menurun berbanding 36 orang melibatkan lapan keluarga yang direkodkan pada jam 8 malam Khamis.

“Cuaca sekarang cerah dan maklumat terbaharu berkaitan banjir di negeri ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Sinar Harian difahamkan, penduduk Kampung La yang masih berlindung di PPS merupakan mangsa yang kehilangan rumah atau kediaman rosak teruk akibat dibadai arus deras banjir.

Bencana banjir yang melanda negeri ini pada minggu lalu menyebabkan lebih 40,000 penduduk terjejas di lapan daerah dan mereka dipindahkan ke PPS.

Bagaimanapun, penduduk sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing secara berperingkat susulan cuaca cerah.

Semua PPS yang dibuka di Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Dungun, Marang dan Kemaman telah ditutup sepenuhnya kecuali sebuah PPS di Besut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved