Hanya 4% Keperluan Tempat Tinggal Dipenuhi di Gaza

26 Aug 2025 • 8:37 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

image is not available

Krisis kemanusiaan di Gaza semakin meruncing apabila hanya 10,000 khemah dan bekalan perlindungan berjaya disalurkan ke wilayah terkepung itu, mewakili kira-kira empat peratus sahaja daripada jumlah keseluruhan 250,000 unit yang diperlukan.

Menurut Pejabat Media Kerajaan Gaza, angka itu jauh daripada mencukupi untuk menampung lebih 1.3 juta penduduk Palestin yang dipaksa meninggalkan rumah akibat serangan berterusan Israel. Kekurangan melebihi 96 peratus keperluan tempat tinggal ini menyebabkan ratusan ribu keluarga masih tanpa perlindungan asas.

Sejak awal bulan ini, Israel mengumumkan kononnya akan membenarkan kemasukan khemah dan karavan ke Gaza. Namun sehingga kini, bekalan amat terhad dan tiada tambahan dihantar melalui lintasan sempadan berikutan sekatan ketat rejim terhadap operasi bantuan.

Kekangan tersebut menimbulkan kebimbangan berterusan dalam kalangan badan kemanusiaan antarabangsa, khususnya apabila keadaan cuaca, kekurangan makanan, serta risiko penyakit semakin membahayakan mangsa perang genosid Israel di Gaza.

Sumber – TRT World

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved