Hanya 5 Hari Berlatih Dengan Bapa, Murid SJKC Muncul Juara Tilawah Al-Quran

LocalFamily & Parenting
15 Jul 2026 • 1:53 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Walaupun menuntut di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), seorang murid berjaya membuktikan minat dan kebolehannya dalam bidang al-Quran apabila muncul juara pertandingan tilawah al-Quran peringkat zon.

Image from: Hanya 5 Hari Berlatih Dengan Bapa, Murid SJKC Muncul Juara Tilawah Al-Quran

Foto: Harian Metro

Menurut laporan Harian Metro, lebih membanggakan, Yuki Raisha Mohd Thirmidzi, 11, hanya menjalani latihan intensif selama lima hari bersama bapanya sebelum pertandingan berlangsung.

Perjalanan Yuki membuat persiapan sehingga berjaya meraih gelaran juara dikongsikan oleh bapanya, Mohd Thirmidzi Ibrahim, 41, menerusi hantaran video di TikTok yang turut mendapat perhatian ramai.

Mohd Thirmidzi yang berasal dari Kubang Kerian berkata, dia berasa amat bangga apabila anaknya yang mewakili SJKC Chung Hwa, Kota Bharu berjaya menjuarai pertandingan itu meskipun ia merupakan penyertaan sulung Yuki dalam pertandingan tilawah al-Quran.

Image from: Hanya 5 Hari Berlatih Dengan Bapa, Murid SJKC Muncul Juara Tilawah Al-Quran

Foto: TT @saya_ayop

Menurutnya, dia sendiri tidak mempunyai latar belakang pendidikan agama secara formal dan hanya berbekalkan asas mengaji al-Quran, namun tetap berusaha membimbing anaknya apabila guru yang sepatutnya memberi tunjuk ajar tidak berkesempatan berbuat demikian.

“Saya ibarat bidan terjun sebenarnya kerana pada awalnya menyangka guru yang akan membimbing anak sebelum menyertai pertandingan pada April lalu.

“Tapi guru itu tak dapat membantu kerana kesuntukan masa jadi saya ambil inisiatif mengajar anak yang mempersembahkan bacaan surah al-Baqarah.

“Kalau menonton video di TikTok itu, saya nampak garang kerana nak anak buat yang terbaik dan memang kena tegas kerana dia belajar di SJKC, jika tidak akan ketinggalan.

“Syukur Allah SWT izinkannya bergelar juara dan ia pencapaian yang baik buatnya kerana itu kali pertama wakil sekolahnya memenangi pertandingan tilawah al-Quran,” katanya.
Image from: Hanya 5 Hari Berlatih Dengan Bapa, Murid SJKC Muncul Juara Tilawah Al-Quran

Foto: Harian Metro

Dia berkata, kejayaan tersebut membuka peluang kepada Yuki untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah pada Mei lalu.

Cuma tak ada rezeki untuk dia mendapat tempat…tapi ia tetap pengalaman berharga buatnya,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro (Redzuan Muharam)

The post Hanya 5 Hari Berlatih Dengan Bapa, Murid SJKC Muncul Juara Tilawah Al-Quran appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved