Hanya Ada Satu Di Asia, Kamera Robotik Canggih RTM Jadi Viral

LocalEntertainment
31 Aug 2024 • 2:39 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Hanya Ada Satu Di Asia, Kamera Robotik Canggih RTM Jadi Viral

Sambutan Hari Kebangsaan merupakan acara tahunan yang diadakan bagi memperingati sejarah serta pencapaian Negara sejak kemerdekaannya.

Di samping itu, pelbagai aktiviti kenegaraan turut diadakan bagi meningkatkan semangat kebangsaan serta menggalakkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Sambutan ini juga bertujuan untuk menonjolkan identiti kebangsaan Malaysia seperti kepelbagaian budaya, agama dan etnik yang menjadi kebanggaan kita semua.

Selain itu, ia juga menjadi medan untuk rakyat Malaysia berhimpun bersama-sama meraikan kemerdekaan sambil menunjukkan semangat patriotik masing-masing.

RTM miliki kamera robotik, hanya satu di Asia

Untuk sambutan kali ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) turut berkongsi peralatan canggih dan kamera terkini yang digunakan sehingga mengundang keterujaan orang ramai.

Menurut @radiotelevisyenmalaysia, secara keseluruhan mereka menggunakan sebanyak 26 kamera termasuk kamera robotik model G1 Shotover AGITO (AGITO) dan Spidercam.

Kelengkapan canggih yang digunakan sekaligus memastikan visual yang ditayangkan di kaca televisyen berkualiti tinggi dan diambil daripada sudut yang pelbagai.

AGITO membuat kemunculan sulung liputan secara langsung

Penerbit Unit Siaran Langsung RTM, Rafael Ramlan berkata, AGITO merupakan satu-satunya model yang terdapat di Asia dan membuat kemunculan pertama pada tahun ini.

“Kamera robotik model G1 Shotover AGITO adalah kamera kawalan jauh sepenuhnya tanpa pengendali.

“Kamera ini pertama kali digunakan di RTM dan juga di Asia untuk siaran nasional,” ujar Rafael.

@radiotelevisyenmalaysia

RTM gunakan 26 kamera keseluruhannya termasuk kamera yang hanya ada 1 unit sahaja di Asia! #HariKebangsaan2024 #JiwaMerdeka #MalaysiaMADANI #HariKebangsaanRTM

♬ 31 Ogos – Dato’ Sudirman

Dengan kecanggihan kamera yang digunakan, maka tak hairanlah warga maya memuji kualiti siaran Hari Kebangsaan pada tahun ini.

Menjengah ruang komen pada hanatara tersebut, rata-rata mengucapkan tahniah kepada RTM kerana berjaya menyajikan kandungan yang sangat baik kepada rakyat Malaysia.