Hanya ‘Bad Memory Eraser’ & ‘Lover DNA’ K-Drama Raih Rating 0% Kini, Tapi Kenapa?

EntertainmentMovie
19 Aug 2024 • 11:27 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Bukan mudah untuk sesebuah K-Drama ‘survive’ dalam lambakan naskhah sekarang.

Terbaru, terdapat beberapa drama hebat yang sedang ditayangkan seperti “Good Partner”, “Love Next Door”, Black Out”, dan banyak lagi.

Walaubagaimanapun, dalam kalangan itu, ada dua drama yang gagal mencapai jangkaan penonton sekaligus naskhah berkenaan mencatatkan rating dalam lingkungan 0% sahaja.

Dua drama berkenaan ialah “DNA Lover” dan “Bad Memory Eraser” di mana ianya mencatatkan rating terendah 0.6% dan 0.5% masing-masing.

image is not available

Mungkin kerana saingan hebat dari drama lain, drama berkenaan yang bersiaran di saluran kabel kurang popular juga mungkin merupakan faktor utama kepada rating yang rendah itu.

Untuk pengetahuan, “DNA Lover” membawa kisah seorang penyelidik DNA yang sering gagal dalam percintaan manakala “Bad Memory Eraser” pula mengisahkan seorang lelaki yang hilang ingatan dan seorang wanita yang berkuasa menyembuhkannya.

Korang layan tak drama-drama ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.