Hanya beralaskan sejadah, Amirudin Shari tidur atas jalan ketika tunaikan haji tarik perhatian

19 Jun 2024 • 10:16 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Amirudin Shari

Umum sedia maklum, Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari antara jemaah yang sedang mengerjakan ibadah haji pada tahun ini di Makkah.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh Amirudin di laman Instagramnya, beliau berkongsi beberapa gambar selepas menyelesaikan urusan wajib haji seperti mabit dan melontar jamrah sebelum Nafar Awal telah berjaya tarik perhatian ramai.

Dalam perkongsian tersebut, kelihatan pemimpin yang berusia 44 tahun itu tidur di atas jalan di Mina dengan hanya beralaskan sejadah mendapat pujian warganet.

Amirudin Shari

image is not available

image is not available

“Menteri Besar Selangor terlentang keletihan di atas jalan di Mina. Walaupun pakej VIP Tapi jiwa masih marhaen,” puji pemilik akaun @badboy2662.

Semoga dikurniakan haji yang mabrur

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dan mendoakan agar urusan Amirudin dalam mengerjakan ibadah haji dipermudahkan dan mendapat haji yang mabrur.

image is not available image is not available

Sekadar info, seramai 31,600 jemaah Malaysia, dalam kalangan dua juta umat Islam dari seluruh dunia yang menunaikan haji tahun ini.

Difahamkan, laporan akhbar dan Kementerian Luar Arab Saudi mendedahkan sekurang-kurangnya 550 jemaah meninggal dunia ketika menunaikan ibadah haji pada tahun ini di Makkah akibat panas terik yang menyebabkan bahang suhu melampau.

Amirudin Shari
image is not available

Beberapa diplomat memberitahu AFP bahawa 323 jemaah terbabit adalah warga Mesir, yang kebanyakannya menderita akibat penyakit berkaitan haba, lapor AFP, yang memetik dua diplomat Arab.

TV kerajaan Arab Saudi berkata, suhu meningkat pada hari Isnin setinggi 51.8 darjah Celsius di Masjidil Haram di Makkah.

Sementara itu, seramai 144 jemaah Indonesia dilaporkan meninggal dunia diikuti 35 jemaah Tunisia, Iran (11 jemaah), Jordan (enam jemaah) dan Senegal (tiga jemaah).

Sumber: Instagram @Amirudin Shari, X @badboy2662