Hanya Bertiga Kini, G-Dragon & Daesung Beri Sokongan Untuk Konsert Solo Taeyang

Music
18 Jul 2024 • 10:28 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Meskipun tidak lagi aktif sebagai kumpulan, 3 ahli BIGBANG ini nampaknya setia memberikan sokongan pada satu sama lain.

Baru-baru ini, Taeyang telah mengumumkan tentang konsert solo pertamanya dalam 7 tahun ‘The Light Year’, yang akan berlangsung selama 2 hari di Seoul.

Selain peminat yang teruja, G-Dragon dan Daesung juga turut seronok untuk rakan ahlinya itu dengan memuat naik poster konsert tersebut di Instagram peribadi mereka.

image is not available

Sementara itu, ramai juga yang mengharapkan sekiranya 3 idola itu akan memberikan kejutan pada peminat dan membuat persembahan bersama di atas satu pentas.

Dalam pada itu, konsert Taeyang ‘The Light Year’ akan diadakan pada 31 Ogos dan 1 September nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.