Hanya Cheras, Nilai masih catat bacaan IPU tidak sihat setakat 6 petang ini

3 Oct 2023 • 9:02 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Hanya dua kawasan sahaja mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 6 petang ini berbanding tujuh, pada 10 pagi tadi.

Laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan Nilai di Negeri Sembilan dan Cheras di ibu negara kekal sebagai kawasan paling terjejas dengan bacaan IPU masing-masing 154.

Sebanyak 62 kawasan lain pula merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana dan empat lagi dalam kategori baik.

Bacaan IPU di bawah 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya). -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved