Hanya Dalam Masa 4 Jam, Tiket Konsert IU ‘H.E.R.’ Untuk 2 Hari Di Kuala Lumpur Habis Terjual!

Music
27 Mar 2024 • 10:09 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Tak lama lagi, IU akan melawat Malaysia untuk konsert jelajahnya!

Untuk pengetahuan, IU akan mengadakan konsert jelajah ‘H.E.R’ di Kuala Lumpur pada 8 dan 9 Jun ini.

Pada 26 Mac, jualan tiket konsertnya itu telah dibuka dan hanya dalam masa 4 jam, semua tiket untuk 2 hari telah pun habis dijual.

Meskipun sudah habis dijual namun, masih ada peminat yang meluahkan rasa sedih kerana tidak sempat untuk membeli tiket konsert berkenaan.

Sementara itu, konsert IU bakal diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil, bermula jam 7:30 malam.

Haa korang dapat beli tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.