Hanya Di Kapit, Nikmati Roti Canai Goreng Unik Yang Diwarisi Sejak Empat Generasi Ini

23 Dec 2022 • 1:45 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sungguh unik dan menarik roti canai goreng ini!

Hanya Di Kapit, Nikmati Roti Canai Goreng Unik Yang Diwarisi Sejak Empat Generasi Ini. Mesti anda tertanya-tanya dan berasa pelik kan dengar roti canai goreng. Untuk pengetahuan, roti canai goreng ini merupakan menu yang amat popular di Kapit, Sarawak.

image is not available
Hanya Di Kapit, Nikmati Roti Canai Goreng Unik Yang Diwarisi Sejak Empat Generasi Ini. Kredit gambar: Wix.com

Perniagaan diwarisi sejak empat generasi

Perniagaan roti canai ini diusahakan oleh Nurbaizura Abdullah dan perniagaan tersebut diwarisi daripada neneknya sejak empat generasi yang lalu. Perniagaan tersebut sudah berusia lebih dari 50 tahun dan sehingga kini ianya masih lagi mendapat sambutan yang paik daripada pelanggan.

Buat pengetahuan anda, menu unik ini hanya boleh didapati di Bandar Kapit di sebuah gerai yang terletak di medan selera Gelanggang Kenyalang.

Biasanya, tempat tersebut memang sentiasa dipenuhi ramai pelanggan setia pada setiap hari terutamanya pada waktu pagi hari di hujung minggu. Di gerai ini, hanya dua menu yang ditawarkan iaitu roti canai goreng dan roti canai telur goreng.

image is not available
Kredit gambar: Dayakdaily

Harga yang ditawarkan amat berpatutan

Oleh kerana harga yang ditawarkan amat berpatutan, maka gerai ini memang mempunyai ramai peminat setia yang sentiasa membanjiri gerai tersebut.

Cara penyediaan roti canai goreng ini adalah, ianya digoreng di dalam kuali berisi minyak panas. Sungguh menarik dan unik! Rasa rangup roti canai goreng ini dilengkapi dengan kari ayam atau sambal yang pedas manis. Pergh memang terbaik.

Bagi yang berkesempatan singgah ke Kapit, boleh lah cuba roti canai goreng ni!

Lagi di sini restoran lokal menarik dan unik yang ada di Sarawak: