“Hanya Di Kelantan” – Masjid Tayang Sesi Tazkirah Pada Skrin LED Besar Untuk Tontonan Awam Raih Pujian [Video]

11 Jun 2026 • 11:12 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: “Hanya Di Kelantan” – Masjid Tayang Sesi Tazkirah Pada Skrin LED Besar Untuk Tontonan Awam Raih Pujian [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Mungkin ramai sebenarnya golongan Muslim yang mahu mengimarahkan masjid setiap kali majlis ilmu dianjurkan sebagai contoh semasa penyampaian ceramah dan tazkirah daripada para agamawan.

Namun disebabkan kekangan masa, kadangkala mereka tidak sempat menjejakkan diri ke rumah Allah terutamanya pada hari bekerja. Pun begitu, ada juga pihak pengurusan masjid yang tampil dengan inisiatif bijak bagi menggalakkan orang ramai turut serta dalam majlis ilmu.

Masjid An-Naim Sri Cemerlang Kota Bharu Pasang Tazkirah Pada LED Besar Luar Masjid

Seperti baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang lelaki dikenali sebagai Wafri menunjukkan skrin LED besar yang dipasangkan di luar Masjid An-Naim Sri Cemerlang Kota Bharu, Kelantan.

Lain-lain daripada lain, pihak masjid telah memaparkan sesi tazkirah oleh pendakwah, Ustaz Hamdan Ariffin menerusi skrin LED yang terletak berhadapan laluan jalan raya itu.

Inisiatif tersebut membolehkan orang ramai khususnya pengguna jalan raya yang berhenti di lampu isyarat berhampiran untuk mendengar ceramah walaupun dalam masa yang singkat.

Lelaki Sebak Lihat Penyebaran Dakwah Menerusi Skrin LED Besar

Usaha menyebarkan dakwah Islam di negeri itu juga telah membuatkan lelaki tersebut berasa terharu.

“Saya sangat terharu. Inilah Kelantan. Insya-Allah semoga akan berterusan macam ni,” kata Wafri di ruangan kapsyen.

@anwafri Terharu campur sebak mashaa Allah This is Kelantan, in shaa Allah moga kekal begini sampai bila-bila Credit to Masjid An Naim, Jalan Sri Cemerlang #KelantanNegeriBerkebajikan #budayakomunitirabbani #fyp #KelantankuCakna #kelantan ♬ original sound – haseefameen – Ḥuṣaif

Tonton video penuh [DI SINI].

Baca Artikel Berkaitan: “Next Level” – Lampu Isyarat Dilengkapi Kalimah Zikir Di Kelantan Raih Pujian

Ramai Insaf Dengar Ceramah Agama Walaupun Sekejap

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji usaha Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid berkenaan bagi menyebarkan dakwah dan mempermudahkan urusan ramai. Bahkan tayangan ceramah itu juga boleh membuatkan ramai insaf dan bermuhasabah diri.

“Penat seharian kerja. Dapat dengar nasihat dan peringatan yang baik untuk dua ke tiga minit pun boleh rasa insaf dan recharge,” kata seorang warganet.

Paparan Tazkirah Pada Skrin LED Asbab Seseorang Singgah Ke Masjid

Malah ada yang berkata, usaha itu juga boleh menjadi asbab seseorang singgah ke masjid kerana tidak mahu perkongsian ceramah itu tergantung separuh jalan.

“Kadang-kadang asbab kita dengar dekat lampu isyarat je, tiba-tiba Allah gerakkan hati untuk singgah dengar ceramah sebab masa dengar (dekat luar) macam tergantung dan nak dengar apa kesudahan ceramah tu apa dia, asbab tu boleh (ikut serta jadi) jemaah sekali. Hebat kuasa Allah,” ujar seorang lelaki.

Kecanggihan Teknologi Digunakan Dengan Betul – Netizen

Sementara itu, segelintir individu turut memuji AJK yang menggunakan kemudahan teknologi canggih ke arah kebaikan dan perkara bermanfaat.

“Bila kecanggihan teknologi digunakan dengan tepat,” kata seorang pengguna Threads.

“Alhamdulillah, teknologi tak salah kalau digunakan untuk menyebarkan dakwah kebaikan. Terbaik AJK Masjid An-Naim Sri Cemerlang Kota Bharu,” tambah seorang netizen.

Berikut antara komen-komen orang ramai:

Image from: “Hanya Di Kelantan” – Masjid Tayang Sesi Tazkirah Pada Skrin LED Besar Untuk Tontonan Awam Raih Pujian [Video]
Image from: “Hanya Di Kelantan” – Masjid Tayang Sesi Tazkirah Pada Skrin LED Besar Untuk Tontonan Awam Raih Pujian [Video]
Image from: “Hanya Di Kelantan” – Masjid Tayang Sesi Tazkirah Pada Skrin LED Besar Untuk Tontonan Awam Raih Pujian [Video]
Image from: “Hanya Di Kelantan” – Masjid Tayang Sesi Tazkirah Pada Skrin LED Besar Untuk Tontonan Awam Raih Pujian [Video]
Image from: “Hanya Di Kelantan” – Masjid Tayang Sesi Tazkirah Pada Skrin LED Besar Untuk Tontonan Awam Raih Pujian [Video]
Image from: “Hanya Di Kelantan” – Masjid Tayang Sesi Tazkirah Pada Skrin LED Besar Untuk Tontonan Awam Raih Pujian [Video]
Image from: “Hanya Di Kelantan” – Masjid Tayang Sesi Tazkirah Pada Skrin LED Besar Untuk Tontonan Awam Raih Pujian [Video]
Image from: “Hanya Di Kelantan” – Masjid Tayang Sesi Tazkirah Pada Skrin LED Besar Untuk Tontonan Awam Raih Pujian [Video]
Image from: “Hanya Di Kelantan” – Masjid Tayang Sesi Tazkirah Pada Skrin LED Besar Untuk Tontonan Awam Raih Pujian [Video]
Sumber: TikTok

Baca Artikel Berkaitan: Terapkan Nilai Islamik, Batu Marmar Dengan Lafaz Zikir Di Kelantan Ajak Pengguna Jalan Raya Beribadah [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Selagi Tak Runtuh, Selagi Itulah Pahala Mengalir” – Lelaki Hasilkan Replika Al-Quran Gergasi Dengan Tulisan Tangan