Hanya Di Sarawak, Tarian Singa Ngajat Versi Iban Ini Tarik Perhatian Ramai

10 Feb 2024 • 1:54 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tarian Singa Ngajat versi Iban yang unik ini hanya di Sarawak

Hanya Di Sarawak, Tarian Singa Ngajat Versi Iban Ini Tarik Perhatian Ramai. Diraikan dengan penuh kesyukuran bersama keluarga dan orang tersayang, perayaan Tahun Baharu Cina kali ini muncul dengan keunikannya tersendiri, terutama di Sarawak.

Baru-baru ini, tular sebuah video menarik di TikTok di mana terdapat sebuah persembahan tarian singa versi Ngajat Iban.

image is not available
Hanya Di Sarawak, Tarian Singa Ngajat Versi Iban Ini Tarik Perhatian Ramai. Gambar tangkap layar dari TikTok indoboymassagekch7

Maskot Chaisen tahun baru cina menari Ngajat

Dalam video berkenaan, dilihat maskot Chaishen sedang menari tarian Ngajat Iban disertai dengan muzik Ngajat dan juga sorakan dari penonton di tempat berkenaan.

Dikatakan juga bahawa persembahan unik itu berlaku di Sarawak di mana ia telah dikongsikan oleh akaun TikTok indoboymassagekch7.

image is not available
Gambar tangkap layar dari TikTok indoboymassagekch7.

Netizen memuji perpaduan di Sarawak

Memperoleh lebih dari 211K tontonan, netizen rata-ratanya teruja melihat video berkenaan mengatakan perkara ini hanya ada di Sarawak dan memuji betapa baiknya perpaduan di negeri ini.

Apapun, selamat tahun baharu cina diucapkan dan semoga tahun ini membawa kebahagian yang melimpah dan juga rezeki yang bertambah.

Lagi cerita menarik mengenai Tahun Baru Cina untuk anda di sini:

https://www.iloveborneo.my/tiada-seorang-pun-murid-berbangsa-cina-sekolah-rendah-di-sibu-semangat-sambut-cny

https://www.iloveborneo.my/hari-terakhir-perayaan-cny-ketahui-apa-chap-goh-mei-dan-bagaimana-ia-sering-disambut