Hanya empat peratus undi popular, ‘tutup kedai’ jalan terbaik Bersama

LocalPolitics
19 Nov 2026 • 1:44 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Hanya empat peratus undi popular, ‘tutup kedai’ jalan terbaik Bersama

PUTRAJAYA – Pemimpin parti Bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli digesa membubarkan parti berkenaan susulan prestasi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang menyaksikan mereka hanya menjana 4.3 peratus undi popular berbanding sasaran 15 peratus.

Pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong berkata, pembubaran parti Kancil penting selepas mengukur tahap penerimaan pengundi terhadap ideologi dan perjuangan Bersama yang sangat lemah selepas 15 daripada 16 calon parti Kancil hilang deposit.

“Tutup kedai adalah jalan terbaik buat parti Kancil, bubar sahaja parti tersebut dengan berlandaskan keputusan dua PRN yang lalu.

“Ia bagi mengelakkan pembaziran wang, tenaga calon dan sukarelawan yang berjuang untuk sesuatu yang ditolak secara majoriti oleh rakyat,” katanya hari ini.

Mengulas lanjut, Lum Yong berkata, dengan pembubaran Bersama, para penyokongnya boleh kembali menyertai Pakatan Harapan (PH) dan menuntut agenda reformasi dilaksanakan daripada dalam.

“Pastinya menuntut agenda reformasi dilaksanakan daripada dalam adalah lebih berkesan daripada menjerit-jerit di luar dan dianggap musuh kepada PH, jika mereka benar-benar sayang dan mahu laksanakan agenda reformasi,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

The post Hanya empat peratus undi popular, ‘tutup kedai’ jalan terbaik Bersama appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved