Hanya Guna GrabPay ‘Points’ Sahaja, Lelaki Ini Cuma Perlu Bayar RM800 Untuk iPhone 14 Pro Max

19 Sep 2022 • 8:48 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mata GrabPay berguna selain untuk makanan!

Hanya Guna GrabPay ‘Points’ Sahaja, Lelaki Ini Cuma Perlu Bayar RM800 Untuk iPhone 14 Pro Max. Dengan iPhone 14 diperkenalkan bulan ini, ramai peminat Apple telah cuba mendapatkan iPhone terbaharu ini sebaik sahaja ia tiba di pasaran.

Bagi pelanggan Malaysia, mereka telah mula membuat pra-pesanan iPhone 14 mereka tetapi seorang lelaki membawanya ke tahap seterusnya dengan menggunakan keseluruhan mata GrabPaynya – dengan hanya perlu membayar RM883.30 untuk iPhone 14 Pro Max!

image is not available
Hanya Guna GrabPay ‘Points’ Sahaja, Lelaki Ini Cuma Perlu Bayar RM800 Untuk iPhone 14 Pro Max

Mengumpul sebanyak 893,590 mata

Lelaki tersebut, 黄志耀, berkongsi cara beliau menggunakan mata GrabPay menerusi sebuah kumpulan Facebook baru-baru ini, hanya perlu membayar RM883.30 untuk iPhone 14 Pro Max baharu terbabit.

Dalam tangkapan layar yang dikongsikan beliau, beliau mempunyai 893,590 mata dan dengan menggunakan mata tersebut untuk membeli iPhone berkenaan, beliau mampu menjimatkan sehingga RM5,145.70!

image is not available
Kredit foto: FB 黄志耀

Memandangkan harga iPhone 14 Pro Max baharu itu berharga RM6,299, beliau hanya perlu membayar RM883.30. Nice weh!

image is not available
Kredit foto: FB 黄志耀

Walaupun sesetengah netizen tertanya-tanya berapa lama masa yang diambil untuk lelaki itu menyimpan mata tersebut, ada yang menyatakan bahawa pelanggan boleh mendapat mata tambahan semasa promosi atau jika mereka ialah pengguna platinum (peringkat ahli tertinggi dalam GrabPay selepas peringkat Gold)

image is not available
Netizen ini menunjukkan mata GrabPay beliau sebagai ahli platinum GrabPay. Kredit foto: Jefferson Law via FB iPhone 吹水站

Haa… Yang nak beli iPhone baru tahun depan tu boleh lah mula mengumpul mata GrabPoint mereka! Siapa tahu kan, korang mungkin akan terkumpul cukup pada masa iPhone baharu keluar! image is not available

Lagi di sini: