![Image from: “Hanya Gurauan Bersama Netizen” – Lelaki Dakwa Tok Batin ‘Simpan’ Jaslinda Mohon Maaf [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/Lelaki-mohon-maaf-selepas-tular-dakwaan-tok-batin-simpan-jaslinda-1-800x467.jpg)
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, tular di media sosial rakaman siaran langsung (live) kenyataan seorang lelaki berhubung penemuan pendaki wanita, Jaslinda Saludin.
Menerusi rakaman tular, lelaki terbabit mendakwa Jaslinda ‘disimpan’ oleh Tok Batin selama berminggu-minggu dan sekiranya kehilangan wanita itu tidak tular di media sosial, kemungkinan tok batin itu akan berkahwin dengannya.
Kenyataan itu nyata mendapat perhatian ramai sehingga 50 tok batin dan wakil masyarakat Orang Asli dari daerah Batang Padang, Muallim dan Kinta membuat laporan polis berhubung dakwaan fitnah itu.
View on Threads
Lelaki Mohon Maaf Kenyataan Tular Kaitkan Penemuan Jaslinda Dengan Tok Batin & Komuniti Orang Asli
Terbaharu, individu yang membuat dakwaan tersebut tampil memohon maaf susulan kenyataannya yang tular mengenai Jaslinda dan Tok Batin Kampung Orang Asli (KOA) Lubuk Gaharu, Mohd Asmmadi Abdullah.
Permohonan maaf itu dibuat olehnya menerusi satu video yang dikongsikan di TikTok @jokerspillthetea77.
Jelas lelaki berkenaan, kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini hanyalah sekadar gurauan bersama netizen yang menyertai siaran langsung tersebut.
“Untuk semua yang melihat video ini, saya dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, selaku anarchy7sky yang baru-baru ini tular berkenaan live streaming saya sehingga menimbulkan prejudis atau syak wasangka kepada komuniti Orang Asli atau Melayu yang telah tampil mengatakan saya telah melakukan kesilapan tentang penghinaan terhadap orang asli ataupun mana-mana pihak yang terbabit dalam live saya.
“Saya dengan rasa rendah dirinya, secara langsung atau tidak langsung memohon maaf sekiranya ia (kenyataan) telah mengguris hati dan perasan mana-mana komuniti atau individu,” katanya.
Lelaki Dakwa Kenyataan Hanyalah Gurauan Bersama Netizen Ketika Sesi Siaran Langsung
Terangnya, dia tidak mempunyai maksud tertentu berhubung kenyataan yang dibuat.
Sebaliknya, kenyataan itu hanyalah sekadar gurauan bersama netizen ketika sesi siaran berlangsung.
“Apa yang berlaku tidaklah seperti saya maksudkan. Apa yang berlaku tidak seperti yang saya ingin sampaikan.
“Ia bukanlah fitnah seperti yang tersebar. Ia hanya gurauan dan usikan saya bersama netizen ketika saya sedang membuat live streaming.
“Saya mohon agar permohonan maaf secara terbuka ini diterima semua pihak. Semua itu berlaku dengan kekhilafan saya,” kata lelaki itu lagi.
Malah jelasnya, dia akan menerangkan dengan lebih terperinci dalam satu video hantaran yang akan dimuat naik kelak.
“Tiada niat untuk saya menghina atau melibatkan mana-mana individu. Ianya hanya pendapat peribadi saya dan berseloroh bersama netizen. Beberapa perkataan yang keluar adalah bacaan komen,” jelasnya.
@jokerspillthetea77 PERMOHONAN MAAF TERBUKA DARI SAYA KEPADA SEMUA KOMUNITI ORANG ASLI DAN RAKYAT MALAYSIA #komunitiorangasli #malaysia #tokbatintapah #jaslinda
♬ original sound – 🅽🆁🅲🅷🆈7🆂🅺🆈 – 🅽🆁🅲🅷🆈7🆂🅺🆈
Tonton video penuh [DI SINI]
Polis Buru Individu Dakwa Tok Batin Sorok Jaslinda
Dalam pada itu, polis kini sedang mengesan lelaki yang didakwa memfitnah dan mengaibkan Jaslinda dengan Asmmadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Abdul Malik Hasim, sebanyak lima laporan polis telah diterima oleh pihaknya berhubung isu ini.
“Laporan yang diterima adalah berkaitan suspek yang dikatakan mengaib dan memfitnah Tok Batin Lubuk Gaharu, Tapah.
“Sisatan dibuka dibawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 di mana usaha mengesan suspek sedang dijalankan,” katanya yang dipetik dari Malaysia Gazette.
Sebelum ini, seramai 50 tok batin dan wakil masyarakat Orang Asli menzahirkan rasa kesal dan membuat laporan polis berhubung kenyataan lelaki berkenaan.
Tegas mereka, kenyataan tersebut adalah tidak berasas dan disifatkan sebagai satu penghinaan hingga mencemarkan nama baik Mohd Asmmadi dan institusi kebatinan Orang Asli.
Baca Artikel Berkaitan: Remaja Hilang Ketika Hiking, Nur Izzati Humaira Ditemukan Meninggal Dunia
Baca Artikel Berkaitan: Kes Kehilangan Nur Izzati Humaira Ketika Hiking: Tular Suara Seakan Ketawa Ketika Operasi SAR [Video]




