Hanya Hajiji Ketua Menteri berani perjuang 40 peratus: James

LocalPolitics
25 May 2024 • 3:29 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Clarence Dol

Kota Kinabalu: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat negeri, Datuk James Ratib berkata, tidak dapat dinafikan Datuk Seri Hajiji Mohd Noor adalah satu-satunya Ketua Menteri yang mempunyai keberanian untuk memperjuangkan hak hasil cukai 40 peratus daripada Sabah dengan Kerajaan Persekutuan.

Oleh itu, pelbagai kenyataan yang dikatakan oleh pemimpin yang bercakap tentang kesilapan oleh wakil Peguam Besar Negeri itu tidak sepatutnya menimbulkan fitnah kepada KM kerana ia tidak akan berkesan.

“Hanya Hajiji yang membawa isu itu ke peringkat tertinggi. Tetapi beliau melakukannya dengan cara yang harmoni tanpa mengeruhkan suasana dan hubungan baik dengan kerajaan pusat,” katanya dalam satu kenyataan, Khamis.