“Hanya Ini Caranya..” – Surat Terakhir Lee Sunkyun Buat Isterinya Jeon Hyejin Didedahkan

28 Dec 2023 • 10:21 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Masih susah nak percaya bahawa Lee Sun-kyun telah meninggalkan kita..

Terbaru menerusi laporan dari TV Chosun, sebahagian kandungan dari surat terakhir Lee Sun-kyun buat isterinya Jeon Hye-jin, telah didedahkan.

Khususnya dalam surat itu terdapat ayat yang berbunyi,

Tiada apa-apa yang boleh dilakukan.

Ini adalah satu-satunya cara.

image is not available

Selain itu, mendiang juga turut memohon maaf kepada syarikat pengurusannya iaitu HODU&U Entertainment kerana melanggar kontrak dengan jenama dan pasukan produksi, dek terlibat dengan isu dadah. Tulisnya,

Saya minta maaf kerana bayaran penalti untuk iklan dan filem sangat tinggi.

Sementara itu, pengebumian Lee Sun-kyun bakal diadakan pada pagi 29 Disember, di Sunyeong, Buan-gun, Jeonbuk.

Salam takziah buat keluarga mendiang.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.