Hanya Kerana Berbaju T-Shirt Dan Seluar Pendek, Wanita Bukan Islam Ini Dikenakan Kompaun

27 Jun 2023 • 9:36 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kejadian berlaku di Kota Bharu, Kelantan

Hanya Kerana Berbaju T-Shirt Dan Seluar Pendek, Wanita Bukan Islam Ini Dikenakan Kompaun. Telah dilaporkan bahawa seorang wanita berusia 35 tahun telah dikenakan kompaun hanya kerana berbaju t-shirt dan berseluar pendek di tempat awam.

Difahamkan bahawa wanita tersebut adalah berbangsa cina dan juga merupakan pemilik kedai pakaian telah dikompaun semasa kedainya diperiksa oleh pegawai Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB).

image is not available
Hanya Kerana Berbaju T-Shirt Dan Seluar Pendek, Wanita Bukan Islam Ini Dikenakan Kompaun

Gambar kompaun tersebut telah tular di media sosial.

Hal ini menimbulkan kemarahan beberapa pengguna media sosial, kerana Kelantan yang dipimpin oleh PAS selalu mengatakan bahawa undang-undang yang dilaksanakan ikut syariah tidak akan mempengaruhi orang bukan-Muslim.

Menerusi laporan MalaysiaKini, Yang Dipertua MPKB Rosnazli Amin mengatakan pegawai majlis mengeluarkan kompaun kepada wanita itu semasa memeriksa kedai di Jalan Merbau, Kota Baru.

image is not available

Bagi majlis, wanita itu ditemui memakai seluar pendek di tempat awam dan kompaun diberikan kepadanya di bawah By-Law 34 (2) (b) Undang-Undang Perdagangan dan Perindustrian Perusahaan 2019.

Katanya, undang-undang itu telah lama berkuat kuasa, termasuk terhadap bukan Islam.

image is not available

UPDATE: Pencerahan berkenaan dengan hantaran gambar yang telah tular, pihak MPKB tampil jelas bahawa gambar yang dimuat naik oleh individu tersebut adalah berbeza dengan gambar pemakaian semasa memegang lesen tersebut sebagaimana di lampiran bawah.

image is not available

image is not available

image is not available

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: