Hanya Kerana Tak Dengar Arahan, Pengasuh Tergamak Dera Anak Instafamous Di Indonesia

31 Mar 2024 • 1:28 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mangsa mengalami kecederaan di kepala, mata dan telinga

Hanya Kerana Tak Dengar Arahan, Pengasuh Tergamak Dera Anak Instafamous Di Indonesia. Tular kes anak kepada seorang selebriti Instagram yang berasal dari Malang, Jawa Timur, Indonesia telah didera oleh seorang pengasuh wanita baru-baru ini.

Mangsa dilaporkan telah mengalami kecederaan di bahagian kepala, mata dan telinga selepas didakwa didera pengasuh berkenaan.

image is not available
Hanya Kerana Tak Dengar Arahan, Pengasuh Tergamak Dera Anak Instafamous Di Indonesia. Sumber foto: Instagram emyaghnia

Perkara ini telah didedahkan oleh ibu kanak-kanak tersebut Emy Aghnia menerusi perkongsian beberapa gambar keadaan terkini anaknya yang dikenali sebagai Jana.

Emy juga turut berkongsi klip rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan perbuatan kejam pengasuh itu terhadap Jana di dalam sebuah bilik.

Dia kemudiannya menceritakan kronologi kejadian menimpa anak kecilnya yang berusia empat tahun itu.

image is not available
Sumber foto: Instagram emyaghnia

Sudah dianggap macam keluarga sendiri

Perkara itu dikatakan adalah luar dari jangkaan dirinya kerana pengasuh berkenaan sudah dianggap seperti keluarga sendiri dan dia juga menegaskan bahawa tidak pernah timbul sebarang isu melibatkan dirinya dan pengasuh tersebut.

Pengasuh itu juga dikatakan diambil daripada sebuah yayasan terkemuka di Surabaya, seluruh Indonesia tahu mengenai yayasan berkenaan.

image is not available
Sumber foto: Instagram emyaghnia

Geram kerana tidak dengar arahan

Pengasuh tersebut bertindak kejam kerana terlalu geram dengan anak kecil tersebut yang enggan disapu ubat untuk menghilangkan parut di badannya. Suspek juga mengakui berasa jengkel dengan mangsa yang enggan mematuhi arahannya.

Kini, polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini.

Kes ini mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia dan selebriti-selebriti tanah air seperti Siti Nurhaliza, Aeril Zafrel dan Mira Filzah turut meluahkan rasa sebak melihat kejadian ini.

Lagi berita terkini untuk anda di sini: