Hanya kerana tegur masuk koc wanita, isteri Nas Rahman terkilan sekumpulan remaja lelaki bersikap biadap terhadap ibunya

LocalOpinion
3 Sep 2024 • 5:34 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Isteri kepada selebriti Naz Rahman, Sheahnee Iman Lee meluahkan rasa kesal dengan tindakan beberapa remaja lelaki yang disifatkan seolah biadap terhadap ibunya.

Ketika kejadian 31 Ogos lalu, ibunya yang berusia 72 tahun menaiki Keretapi Tanah Melayu (KTM) dari Klang menuju ke Kuala Lumpur.

Dia kemudiannya menegur sekumpulan remaja berkenaan yang memasuki gerabak atau ruang yang dikhaskan untuk wanita. Secara jelas katanya, sudah tertulis dalam dwibahasa, ruang berkenaan adalah dikhaskan untuk wanita

Namun katanya, teguran itu dijawab dengan biadap.

“Apa yang mereka jawab? Mereka kata ‘Kami adalah rakyat Malaysia, dan ini adalah negara saya!’,” katanya.

Kemudian, katanya mereka mula memanggil beberapa lagi rakan-rakan yang lain untuk berkumpul memenuhi ruang koc sehingga timbul kerisauannya dan penumpang yang lain.

Dalam pada itu, Sheahnee memaklumkan pihak KTM sudah mengambil maklum mengenai insiden berkenaan.