Hanya khabar angin: Shahelmey 

Politics
25 Aug 2023 • 1:58 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PUTATAN: Ahli Parlimen Putatan Datuk Ir Shahelmey Yahya menganggap dakwaan beliau akan mengosongkan kerusi Parlimen seperti yang didakwa hanya sebagai khabar angin semata-mata.

Sebaliknya, Timbalan Ketua Menteri itu menegaskan bahawa fokusnya ketika ini yang juga sebagai Menteri Kerja Raya hanya mahu menyelesaikan masalah bekalan air dan jalan raya di negeri ini.

“Itu semua khabar-khabar angin, jangan terlampau difokus. Kita fokus kepada kerja saja. Tiada apa-apa setakat ini, saya tumpukan masa untuk selesaikan masalah air dan juga jalan raya,” katanya ringkas selepas menyempurnakan Majlis Penutupan Ceramah Motivasi Sabah Maju Jaya di Dewan Sri Putatan di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai dakwaan di mana tujuh Ahli Parlimen BN, termasuk seorang dari Sabah, akan mengosongkan kerusi.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Shahelmey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Keramat sebelum ini digantung keahliannya dalam Umno susulan tindakannya menyokong dan menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menyokong Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri ketika kemelut politik yang berlaku awal tahun ini.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.