“Hanya Mahu Rating Dan Gosip..” – Gadis Tular Biadap Di ATNMY2 Mohon Maaf, Anggap Netizen Tak Tahu Cerita Sebenar

Entertainment
20 Dec 2022 • 1:32 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Gara-gara namanya menjadi tumpuan setelah didakwa biadap ketika menjawab soalan juri di rancangan All Together Now Malaysia musim ke-2 (ATNMY2), gadis tular itu dilihat ada memuat naik hantaran penjelasan di Instagram Story miliknya.

Kata gadis itu, hanya Allah S.W.T dan dirinya yang mengetahui apa sebenarnya terjadi dalam kemelut yang mengaibkan dirinya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cat Ross (@catrionabrianross)

Enggan mengeruhkan keadaan, gadis itu berkata dia hanya ingin ‘move on’ dan memperbaiki dirinya dengan lebih baik.

Biar family dan kawan-kawan yang tahu dah cukup. Saya tak perlu jelaskan semuanya kerana orang tidak akan ambil peduli mana yang betul dan salah dan saya tak mahu buang masa.

Dia juga mengaku salah dan turut ‘memetik’ pihak media yang hanya inginkan ‘rating’ dan gosip semata-mata.

image is not available

Sumber : Twitter  

Yang cakap tu kan macam tahu je apa yang jadi belakang stage, macam tahu je apa yang ast*o nak semua.

Terdahulu, seorang gadis yang juga peserta program nyanyian ATNM2 dikecam hebat gara-gara kelakuannya yang dianggap biadap dan sambil lewa ketika menjawab soalan juri.

Antara selebriti yang tampil menegur tindakan gadis itu adalah seperti Catriona Ross, Datuk Syafinaz dan juga Ajai.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 hari lalu

(VIDEO) Peserta 16 Tahun Dikritik Menjawab Juri ATNMY Gaya Biadap, Catriona Ross Beri Nasihat 'Pedas' - “Feeling Terpaling Savage”