Hanya Mampu Jerit Nama, Wanita Gigih Cari Orang Tersayang Hanyut Dalam Banjir Sepanyol

WorldEnvironment
1 Nov 2024 • 4:34 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Hanya Mampu Jerit Nama, Wanita Gigih Cari Orang Tersayang Hanyut Dalam Banjir Sepanyol

Satu kejadian banjir kilat dahsyat dilapor melanda beberapa kawasan di Sepanyol yang menyaksikan sekurang-kurangnya 158 orang terkorban setakat ini.

Menurut Anadolu Agency, bencana berkenaan turut menyebabkan berlaku kemusnahan harta benda yang teruk seperti deretan kereta yang terdampar di merata-rata tempat.

Difahamkan, Valencia menjadi kawasan yang paling terjejas teruk dengan 155 kematian dicatatkan di kawasan itu sahaja.

Pada masa yang sama, kawasan-kawasan seperti Cuenca, Albacete dan Malaga turut menanggung impak kerosakan yang hampir serupa.

Selain kerosakan harta benda dan kematian mencecah ratusan orang, media tempatan turut melaporkan masih ramai mangsa yang hilang dan belum ditemui sehingga saat ini.

Maka, tak hairanlah ada penduduk tempatan mengambil inisiatif keluar mencari sendiri orang tersayang yang masih belum ditemui.

Hanya mampu jerit nama, wanita gigih cari orang tersayang mangsa banjir Sepanyol

Dalam satu video yang menjadi tular hari ini, seorang wanita dirakam mundar-mandir di sebuah kawasan berselut sambil berteriak memanggil nama seseorang.

Menerusi rakaman yang menjadi tular di platform X menerusi akaun @MarkKeaton1, individu yang sedang dicari wanita tersebut dipercayai hilang dalam kejadian banjir kilat berkenaan.

Beberapa individu lain yang turut memeriksa kawasan sekitar kejadian turut kelihatan menerusi video yang sama.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna X berasa simpati dan mendoakan agar individu yang hilang dapat ditemukan dengan selamat.

https://x.com/MarkKeaton1/status/1851632980256559121

Angka korban yang tepat tidak diketahui setakat ini

Dalam perkembangan terkini, Menteri Pertahanan Sepanyol memaklumkan pihak berkuasa masih belum dapat memberikan angka tepat berhubung jumlah mangsa yang terjejas dengan bencana berkenaan.

Margarita Robles berkata, oleh itu pihaknya telah menggerakkan kira-kira 1,000 anggota tentera untuk membantu operasi mencari dan menyelamat dijalankan pihak berkuasa tempatan.

Dalam kejadian yang berlaku pada Selasa itu, jumlah hujan yang bersamaan untuk tempoh setahun turun dilapor dalam masa beberapa jam sahaja.

Ia menyebabkan kejadian banjir kilat, paras air meningkat dan jalan-jalan di tengah kota bertukar menjadi seperti sungai dengan serta-merta.

Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku ketika orang ramai dalam perjalanan pulang daripada tempat kerja masing-masing.

Keadaan itu menyebabkan banyak mangsa dikatakan terperangkap dalam dalam kenderaan masing-masing.

Manakala mereka yang terperangkap di kawasan perumahan, tempat kerja, restoran dan pusat beli-belah terpaksa menunggu ketibaan pasukan penyelamat untuk diselamatkan.