Hanya Oles Minyak Pati! Rahsia Elfira Loy Rawat Selesema Rayyan

BeautyFamily & Parenting
12 Sep 2022 • 12:21 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Audelia Naturals adalah minyak pati hasil ramuan semula jadi yang berkualiti bagi memastikan anak-anak dijamin selamat daripada sebarang reaksi dan ruam. - Gambar hiasan Pexels

Audelia Naturals, pelopor minyak pati (essential oils) yang selamat untuk kegunaan kanak-kanak secara rasminya berkongsi wajah baharu jenamanya yang menyerlahkan lagi ramuan berasaskan alam semula jadi.

Selain memberikan kelegaan dan menghindarkan ketidakselesaan, minyak pati ini juga boleh digunakan pada bayi-bayi yang meragam.

Pelakon, Elfira Loy turut memilihnya untuk kegunaan anaknya, Rayyan.

image is not available
Audelia Naturals lancar wajah baru produknya dan program stokis bagi membantu golongan wanita menceburi bidang perniagaan. - Gambar ihsan Audelia Naturals

“Saya wajib guna Audelia Naturals Sniffles pada Rayyan kerana dia selalu mengalami selesema pada sebelah pagi,” tulis Elfira dalam satu hantaran di media sosial.

Terdahulu, pengasas merangkap ketua pegawai pemasaran, Noor Inora Noorzainy mendapat ilham untuk menghasilkan minyak pati yang selamat untuk kegunaan bayi dan kanak-kanak ini kerana menyedari tanggungjawabnya sebagai seorang ibu. 

image is not available
Noor Inora Noorzainy - Gambar ihsan Audelia Naturals

“Saya sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anak saya. Saya yakin ibu-ibu lain juga pasti berkongsi perasaan yang sama. Oleh itu, kami hanya menggunakan ramuan semula jadi yang berkualiti sahaja bagi memastikan mereka dijamin selamat daripada sebarang reaksi dan ruam.

“Sebagai seorang ibu, kita bukan sahaja mahukan yang terbaik buat anak-anak, malah kita tentunya mahu melindungi mereka dengan apa-apa cara sekali pun,” ucap Inora semasa majlis pelancaran yang berlangsung di Makan Heritage Eco Ardence, Setia Alam.

image is not available
Minyak pati dengan kandungan semula jadi berkualiti tinggi sering menjadi pilihan ibu-ibu. - Gambar ihsan Audelia Naturals

Menariknya, dia yang lebih mesra disapa sebagai Puan Nora ini turut mengumumkan program stokis bagi membantu golongan ibu dan wanita menjana pendapatan tambahan. Program ini akan melatih mereka dalam mengasah bakat jualan dan pemasaran. 

“Saya percaya sebuah perniagaan yang dilaksanakan secara berhemah akan memberikan kejayaan dan jualan yang menguntungkan. Saya cuba membangunkan satu persekitaran perniagaan yang sarat dengan peluang, bersifat lestari dan diyakini.

“Saya percaya dalam jangka masa panjang, Audelia Naturals mampu membantu golongan ibu, suri rumah dan wanita untuk menjana pendapatan tambahan tanpa perlu mengorbankan kerjaya atau tanggungjawab mereka sebagai seorang ibu dalam mengasuh anak-anak,” jelas Inora.

image is not available
Sebahagian peserta yang menyertai program stokis Audelia Naturals. - Gambar ihsan Audelia Naturals

Sewaktu penubuhannya pada September 2018, Audelia Naturals menjadi jenama tempatan pertama yang berjaya mencipta rangkaian produk minyak pati dengan kandungan semula jadi yang berkualiti tinggi, khusus untuk kegunaan bayi dan kanak-kanak.

Istimewanya, ia selamat untuk digunakan kerana setiap minyak pati keluaran Audelia Naturals dipastikan tidak menimbulkan alahan. Ia telah diuji secara dermatologi dan dipatenkan secara rasmi. – Getaran, 12 September 2022

View Original Article