Pelbagai persepsi dan cadangan dari netizen selepas penyampai radio, Tyzo ditamatkan kontrak secara mengejut.
Netizen juga telah memetik stesen radio lain untuk menimbangkan Tyzo sebagai penyampai radio di mana-mana stesen.
Selepas dipetik oleh netizen, HotFM menerusi media sosialnya telah meminta pandangan netizen sekiranya Tyzo menjadi penyampai radio di HotFm. Hantaran tersebut diterima dengan baik netizen dan menyokong keputusan itu.
Bagaimanapun, menerusi kenyataan ringkas, Bahagian Jenama & Komunikasi Media Prima Audio memaklumkan, pihaknya tidak mempunyai perancangan mengambil penyampai radio baharu, sebaliknya hantaran dalam laman sosial, semalam hanyalah pertanyaan spontan.
“Setakat ini, kami belum ada sebarang komen yang khusus mengenai ‘posting’ ini.
Hanya ‘react’ kepada permintaan netizen
“Hot FM hanya ‘react’ kembali kepada permintaan orang ramai di mana ramai meminta untuk Tyzo menyertai Hot FM atau mengambil Tyzo selaku penyampai di stesen radio kami.
“Jadinya, seperti di Instagram Story serta platform X Hot FM, kami hanya sekadar bertanya kembali kepada pendengar, adakah patut atau tidak untuk Tyzo menyertai Hot FM?
Pihaknya juga memaklumkan buat masa sekarang, tiada sebarang perancangan untuk merombak barisan penyampai radio dan masih meneruskan rutin harian seperti biasa.
Terdahulu, Hot FM turut membuat hantaran tanda prihatin dengan perkara hangat yang sedang diperkatakan dalam laman sosial.
“Tyzo join Hot FM? Korang on tak on?
“Aku mendengarkan suaramu! Korang setuju tak kalau @tyzoxander join Hot FM? Komen and tag Tyzo okay. Jap kitorang nak set lepak dengan Tyzo ni!,” tulisnya.
Sumber: Harian Metro
The post ‘Hanya react kepada permintaan netizen, bukan nak ambik Tyzo’ – HotFM takde plan nak ambil orang baru appeared first on The Reporter.



