![Image from: Hanya RM20 Per Pax! Kereta Api Mini Pusing Sawah Padi Jadi Tarikan Baharu Di Terminal Sekinchan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/04/FI-TRP-BK_20260427_180010_0000.jpg)
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap kali tiba hujung minggu mahupun cuti persekolahan, ibu ayah pasti mencari tempat yang menarik di dalam negara untuk bawa anak-anak berjalan.
Untuk mereka yang berada di sekitar Selangor dan Lembah Klang, salah satu destinasi popular yang anda boleh kunjungi ialah Sekinchan.
Terletak kira-kira satu jam setengah dari Kuala Lumpur, Sekinchan sememangnya terkenal dengan panaroma pantai dan sawah padi yang terbentang luas.
Baca Artikel Berkaitan: Rakyat Malaysia Makin Suka Travel Ke Tempat ‘Hidden Gems’ — Hampir 80% Pilih Destinasi Luar Bandar
Baca Artikel Berkaitan: Agoda Dedah 3 Lokasi Travel Paling Popular Di Malaysia Yang Jadi Tumpuan Warga Eropah
Baca Artikel Berkaitan: Kuala Lumpur Raih Tangga Ke-2 Destinasi Popular 2025
Terminal Sekinchan Terkenal Dengan Kapal Terbang Boeing 727
Mungkin ramai yang tidak tahu, namun pekan kecil itu juga mempunyai tarikannya yang tersendiri buat para pelancong.
Seperti yang dikongsikan oleh seorang wanita di Threads, salah satu tarikan menarik yang boleh dikunjungi di sana ialah Terminal Sekinchan.
Terminal Sekinchan menjadi daya tarikan dalam kalangan pengunjung kerana memaparkan kapal terbang Boeing 727 yang dikelilingi oleh sawah padi.
Ramai yang hadir ke kawasan itu untuk merakamkan gambar mereka berlatar belakangkan kapal terbang berkenaan.
View this post on Instagram
Orang Ramai Boleh Naik Kereta Api Mini Di Terminal Sekinchan
Lebih menarik lagi, pengunjung kini boleh menaiki kereta api mini yang dikenali sebagai Sekinchan Express.
Anak-anak pasti enjoy dapat naik kereta api ini menyelusuri kawasan sawah padi berhampiran.
Menurut Ashaikin, perjalanan kereta api itu mengambil masa sekitar 10 ke 15 minit. Tiket boleh dibeli pada harga RM20 seorang untuk kanak-kanak dan dewasa.
Namun tambahnya lagi, para pengunjung masih belum boleh memasuki kapal terbang tersebut.
Difahamkan bahagian dalam kapal terbang masih dalam proses pengubahsuaian sebelum dibuka kepada orang ramai sebagai kafe.
View on Threads
Stesen Sekinchan Express Seperti Dari Anime Studio Ghilbi
Bagi peminat anime Jepun oleh Studio Ghilbi, Terminal Sekinchan merupakan salah satu tempat yang wajib disinggah apabila ke Sekinchan.
Ini kerana stesen Sekinchan Express itu seakan-akan diinspirasikan dari anime Jepun terbitan studio terbabit.
Pengunjung juga boleh bergambar dengan patung karakter terkenal Studio Ghilbi seperti Totoro dan No Face.
Senarai Tempat Menarik Lain Di Sekitar Sekinchan
Selain Terminal Sekinchan, terdapat banyak lagi tempat menarik lain di sekitar pekan kecil itu.
Berdasarkan artikel oleh Mai Singgah, berikut merupakan antara tempat-tempat tarikan yang ada di sekitar Sekinchan:
- Pantai Cermin (Sky Mirror), Pasir Penambang
- Blue Tears, Pasir Penambang
- Eagle Feeding, Pasir Penambang
- Kota Melawati
- Pasar Jerami Ban Kenal
- Perkampungan Nelayan
- Sekinchan Coconut Farm
- Sawah padi di sekitar Sekinchan
- Galeri Padi Sekinchan
- Laman Tebu Aidil
Sekinchan sememangnya destinasi yang sesuai buat mereka yang mahu menikmati keindahan alam sekitar sambil dikelilingi sawah padi dan juga di tepi laut.
Baca Artikel Berkaitan: Nak Jalan-Jalan Di Tempat Eko-Pelancongan? Ini 5 Destinasi Pilihan redBus
Baca Artikel Berkaitan: 10 Lokasi Menarik Untuk Bawa Anak Anda Sempena Cuti Sekolah. Jom!
Baca Artikel Berkaitan: Nak Jalan-jalan Tapi ‘Broke’? Ini Tempat Percuma Yang Anda Boleh Pergi Sekitar Lembah Klang
