
Hanya kerana ditegur membuat bising, seorang anak lelaki naik hantu sebelum menyerang dan membunuh ibunya di rumah mereka.
Kejadian itu berlaku di Taman Temiang, Muar, Johor Bahru pada jam 8.20 malam, beberapa hari lepas di mana suspek berusia 47 tahun telah memukul ibunya menggunakan kapak dan pisau.
Mangsa berusia 73 tahun itu terbunuh di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala serta leher yang mempunyai kesan kelar.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, mangsa telah menegur suspek kerana membuat bising menyebabkan lelaki itu mengamuk dan memukul kepalanya.
Jelasnya, lelaki berkenaan didapati mempunyai rekod psikiatri lampau dan telah ditahan sebaik sahaja pihak polis tiba di lokasi kejadian.
Polis turut merampas sebilah pisau dapur dan kapak yang disyaki digunakan lelaki terbabit dalam kejadian terbabit.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk bedah siasat.
Misteri Kematian Mahasiswi 19 Tahun: Disangka Bunuh Diri Tapi Keadaan Mayat Pelik & Bapa Angkat Macam Sembunyi 'Sesuatu'
The post Hanya Sebab Ditegur Buat Bising, Anak Lelaki ‘Naik Hantu’ Pukul Kepala & Kelar Leher Ibu Usia 73 Tahun first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

