
PETALING JAYA – Ibu Pejabat Polis Daerah Serian di Sarawak satu-satunya lokasi yang merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat iaitu 152, setakat pukul 9.40 pagi ini.
Selain itu, menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS), sebanyak 60 kawasan di seluruh negara mencatat bacaan IPU tahap sederhana, manakala tujuh lagi pada tahap baik.
Berdasarkan APIMS, bacaan antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat.
Bacaan melebihi 300 pula dikategorikan sebagai berbahaya. – KOSMO! ONLINE
The post Hanya Serian catat IPU tidak sihat pagi ini appeared first on Kosmo Online.





